Thursday, October 28, 2010

PEMBENTANGAN: POWERPOINT (PPT)


Opera Cina Po Teh Hi -

Tuesday, October 19, 2010

Kesimpulan

Opera Cina dan  wayang Po Te Hi merupakan salah satu daripada seni muzik tradisional yang terdapat di negara ini.
Di Malaysia ia masih kekal digunakan dalam acara atau upacara dan menjadi hiburan untuk rakyat di negara ini dan seterusnya perlu dipelihara dan dikembangkan kepada bakal-bakal pelapis seni ini.
Seni tradisional  ini mempunyai nilai seni yang tinggi  dan sejarahnya yang tersendiri yang masih kekal hingga kini.

Ciri-ciri po te hi

Mempunyai persamaan dengan cerita yang dimainkan dalam opera Cina tetapi berskala kecil.
Watak-watak dibuat hampir menyerupai dengan watak dalam Opera Cina.
Patung boneka sarung tangan ini adalah sejenis patung yang diperbuat daripada kain dan juga bahan-bahan tertentu dan dimainkan menggunakan tangan. Tangan akan dimasukkan ke dalam badan patung itu untuk memainkannya.
Pada hujung kepala patung tersebut, ianya diperbuat daripada kayu yang disalut dengan lilin. Kepala-kepala patung ini asalnya dibawa daripada kawasan Fukien  dari China kira-kira 8 atau 9 dekad yang lalu.
Badan, kepala, tangan dan kaki disambungkan bersama dan dipakaikan pakaian seperti watak-watak yang terdapat dalam Opera Cina.
Dalang akan memainkan patung itu dengan memasukkan tangan memlalui ruang  pakaian patung tersebut.
Dalang juga perlu membentuk dua sudut dengan ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu.
Jari telunjuk berfungsi untuk mengawal  kepala manakala ibu jari dan jari hantu akan  mengawal kedua-dua lengan tersebut.
Dalang yang professional berkebolehan untuk mengawal patung tersebut dan menggunakan aksesori seperti pedang, dan membuat aksi peperangan dan pergaduhan dan beberapa aksi akrobatik.


tentang wayang PO TE HI

Menurut Sooi Beng Tan (1981), wayang Po Te Hi di Malaysia  atau dikenali juga sebagai wayang boneka sarung tangan ini hanya dipersembahkan untuk menghormati dewa-dewa dan pada apa yang disebut juga sebagai ulang tahun kelahiran dewa-dewa tersebut.
Menurut artikel yang ditulis beliau, po te hi kebiasaanya dipersembahkan di tokong-tokong cina tidak memerlukan kos yang begitu tinggi seperti mana kos untuk mengadakan opera yang memerlukan kira-kira RM1500 hingga RM2000 sehari. Wayang Po Te Hi hanya memerlukan kos kira-kira RM250 sehari untuk menyediakan persiapan.
Selain itu, pertunjukkan wayang Po Te Hi ini senang untuk diadakan kerana tidak memerlukan begitu banyak props.   

Terdapat tiga jenis wayang Po te Hi yang utama yang terdapat di Malaysia iaitu:
1.Wayang boneka sarung tangan yang mana dipersembahkan dalam dialek Hokkien yang mana merupakan dialek di kawasan asal wayang tersebut di negara China.
2.Marionettes: jenis wayang po te hi yang dipersembahkan dalam sialek Hokkien dan ditujukan hanya untuk Maharaja Jade.
3.Rod Puppets (dipersembahkan dalam dialek Teochew) yang mana patung-patung yang digunakan kira-kira tingginya dalam 25 sentimeter dan dikawal oleh tiga batang kayu iaitu 2 darinya bertujuan untuk menggerakkan lengan dan satu lagi di belakang badan patung.   

WAYANG PO TE HI..


wayang PO TE HI yang kami jumpa...
sowieeee sgt2 ek jika video ni tak memuaskan hati....
selamat menonton...

melodi

Terdapat 2 jenis melodi dalam muzik pengiring opera Cina:

Xipi
 pengunaan xipi, senar jinghu berada di kunci A sampai D. Melodinya sangat tidak tersusun, bersemangat, dan cepat serta tegas, mencerminkan asalnya dari opera Qinqiang di Cina barat laut yang melodinya keras dan bernada tinggiXipi umumnya digunakan untuk mengiringi babak yang mengisahkan kemenangan, pertarungan dan kegembiraan.

Erhuang
Pada erhuang, senar jinghu berada di kunci C sampai G. Ini merefleksikan gaya lagu rakyat dari kawasan Hubei Tengah selatan yang bernada rendah, lembut, dan menyayat hatiErhuang biasanya mengiringi babak yang mengisahkan kesedihan, cinta, dan dialog yang serius.