Monday, October 18, 2010

Struktur Persembahan

Struktur persembahan kumpulan professional masih bermula dengan upacara ritual kerana ia dipercayai membawa tuah kepada kumpulan tersebut, pihak penganjur dan juga penonton.

Struktur persembahan pada hari pertama selepas upacara ritual diikuti dengan persembahan cerita Xiao ji Song Zi (Dewa menghantar anak lelaki) dan Liu Guo Da Feng Xiang ( Perdana Menteri Enam Negara). Struktur ini telah dikekalkan dari dulu hingga sekarang.

Manakala, struktur persembahan kumpulan amatur pula terdiri daripada beberapa babak popular yang dipilih oleh pihak penganjur atau kumpulan tersebut.

Bilangan dan jangkamasa persembahan bergantung kepada masa yang diberikan oleh penganjur.

No comments:

Post a Comment