Menurut Sooi Beng Tan (1981), wayang Po Te Hi di Malaysia atau dikenali juga sebagai wayang boneka sarung tangan ini hanya dipersembahkan untuk menghormati dewa-dewa dan pada apa yang disebut juga sebagai ulang tahun kelahiran dewa-dewa tersebut.
Menurut artikel yang ditulis beliau, po te hi kebiasaanya dipersembahkan di tokong-tokong cina tidak memerlukan kos yang begitu tinggi seperti mana kos untuk mengadakan opera yang memerlukan kira-kira RM1500 hingga RM2000 sehari. Wayang Po Te Hi hanya memerlukan kos kira-kira RM250 sehari untuk menyediakan persiapan.
Selain itu, pertunjukkan wayang Po Te Hi ini senang untuk diadakan kerana tidak memerlukan begitu banyak props.
Terdapat tiga jenis wayang Po te Hi yang utama yang terdapat di Malaysia iaitu:
1.Wayang boneka sarung tangan yang mana dipersembahkan dalam dialek Hokkien yang mana merupakan dialek di kawasan asal wayang tersebut di negara China.
●
2.Marionettes: jenis wayang po te hi yang dipersembahkan dalam sialek Hokkien dan ditujukan hanya untuk Maharaja Jade.
●
3.Rod Puppets (dipersembahkan dalam dialek Teochew) yang mana patung-patung yang digunakan kira-kira tingginya dalam 25 sentimeter dan dikawal oleh tiga batang kayu iaitu 2 darinya bertujuan untuk menggerakkan lengan dan satu lagi di belakang badan patung.
No comments:
Post a Comment