Monday, October 18, 2010

Kumpulan opera cina

Di Malaysia, opera Cina dipersembahkan oleh dua kumpulan yang sama-sama memperjuangkan seni tradisional masyarakat Cina iaitu terdiri daripada kumpulan professional dan amatur.

Kebiasaannya, kumpulan professional ini membuat persembahan dengan mengekalkan watak-watak, kostum dan cara mekap yang tradisional kerana persembahan mereka lebih kepada fungsi ritual.
Kumpulan ini juga mengekalkan ciri tradisional dalam aspek pementasan dan alat pementasan dengan cara penggunaan pentas sementara dan tetap di hadapan ataupun berdekatan dengan tokong Cina.

Dari segi peralatan pula, mereka masih mengekalkan peralatan seperti pedang, lembing, bendera, cemeti, kerusi dan meja tetap digunakan dalam persembahan yang berfungsi  ritual.

Kumpulan amatur pula, mereka ini telah mengasimilasikan elemen tempatan dalam setengah persembahan mereka seperti penggunaan watak Sultan Melaka, kostum Melayu di raja dan mekap yang terdiri daripada bedak biasa yang berwarna sepeti kulit pelakon.

Dari segi pementasan pula, konsep pentas moden yang berada di dalam dewan, hotel ataupun   restoran yang berhawa dingin, selesa dan tempat duduk yang teratur dan selesa menjadi pilihan kumpulan amatur.

Persembahan yang berunsurkan hiburan menggalu-alukan ciri-ciri dan ide-ide baru dalam persembahan alat elektronik canggih dan peralatan yang berciri tempatan seperti keris.

 

No comments:

Post a Comment