Tuesday, October 19, 2010

estetika watak

Dalam opera Cina, terdapat 4 watak utama iaitu:

Sheng (Lelaki)
Terdapat 3 pelakon yang memegang watak sheng, yaitu laosheng, karakter lelaki dewasa atau lelaki berumur; xiaosheng, watak pemuda; dan wusheng, karakter  tentera  atau yang dikaitkan dengan peperangan.

Dan (Wanita)
Ada 7 pelakon yang memainkan watak dan, iaitu qingyi, watak wanita sederhana dan berbudi luhur; huadan,  watak atau karakter wanita bertubuh kecil dan penuh semangat; guimendan,watak gadis muda yang akan berubah menjadi qingyi atau huadan; daomadan, karakter pejuang muda wanita; wudan, versi wanita dari karakter wusheng; laodan, karakter wanita tua; dan huashan, karakter campuran yang memiliki status qingyi.



Jing (lelaki wajah berlukis)
Terdapat 3 pelakong yang memegang watak Jing, iaitu tongchui, watak setia yang pandai menyanyi; jiazi, watak yang lebih kompleks dan pandai berlakon; serta wujing, watak yang mahir berkelahi dan membuat aksi akrobatik.

Chou (lelaki pelawak atau watak peran)
Ada 2 pelakon yang memainkan  chou, iaitu wen chou, watak rakyat biasa seperti pembantu, pedagang, atau siswa; dan wu chou, watak atau karakter yang memiliki sedikit aksi lakonan pejuang atau tentera dan hebat dalam akrobat. Peran-peran chou biasanya mudah disukai dan tentunya  berbentuk komedi.


No comments:

Post a Comment