Persembahan yang berfungsi ritual menggunakan tema asas dan sampingan dalam sebuah cerita lengkap dan bahasa klasik dalam bahagian cerita Xiang Zi Song Ji.
Selain itu, kumpulan professional yang membuat persembahan yang berfungsi ritual mengutamakan ciri-ciri improvasi yang bersifat tradisional.
Bagi persembahan opera Cina yang berbentuk hiburan, tema cerita dan bahasa yang digunakan dikatakan bersifat inovatif dan menggunakan elemen-elemen tempatan yang ada di Malaysia.
Babak-babak popular diambil daripada opera Kantonis dan tema berunsur tempatan. Penggunaan bahasa Melayu dan Inggeris juga turut diselitkan dalam sebahagian persembahan oleh kumpulan amatur.
No comments:
Post a Comment