Monday, October 18, 2010

Sejarah

Opera Cina adalah seni teater unik dan popular yang memaparkan keunikan budaya identiti masyarakat Cina di Malaysia.

Popularitinya semakin menurun kerana generasi hari ini tidak memahami kepentingan dan maksud yang terkandung dalam opera itu sendiri.

Sejarah permulaan opera Cina di Malaysia berlaku ketika bermulanya era penjajahan Inggeris yang menyaksikan kemasukan warga China para sinkeh) ke Tanah Melayu yang bekerja sebagai buruh di kawasan perlombongan bijih timah kira-kira lebih 100 tahun dahulu.

Pada masa yang sama, golongan imigran Cina juga turut membawa masuk budaya mereka ke Tanah Melayu termasuklah seni persembahan tradisional antaranya ialah Opera Cina.

 Pada peringkat permulaan pengenalan Opera Cina di Malaysia ini, antara kumpulan yang menyertai opera ini terdiri daripada rombongan pelakon sepenuh masa, popular dan berkebolehan dari negara China atau Hong Kong.

Kini, para pemain yang terlibat dalam opera Cina terdiri daripada pelakon tempatan yang merupakan pelakon sepenuh masa dan berpengalaman.

Kumpulan opera Cina ini sentiasa dijemput  untuk mengadakan persembahan di tokong-tokong Cina sejak permulaan pertengahan abad ke-19.

Selain itu, persembahan opera Cina kumpulan amatur pula diadakan  di hotel dan dewan serbaguna.  

No comments:

Post a Comment