Monday, October 18, 2010

Pengenalan

Kami,
AHMAD AMIRULAH BIN MOHD YUNAN
MUHAMAD NAZRI BIN MAHAMUD
TENGKU NASRUL HAIZAL BIN MOHD NASSIR
WAN MOHD SUHAIZI BIN WAN MUHAMAD


dengan berbesar hati ingin mempersembahkan OPERA CINA DAN PO TE HI... haha


Opera Cina adalah bentuk drama dan muzik teater di Cina yang telah berkembang sejak abad ketiga sebelum Masihi dan telah berkembang ke seluruh pelusuk dunia termasuklah di Malaysia.

Opera Cina yang pada awalnya dikenali sebagai Opera Cantun terkenal pada era Tiga Kerajaan.
Opera Cina dalam bentuk yang lebih tersusun dan berorganisasi dimulai pada Dinasti Tang ketika Maharaja Xuanzong mendirikan Taman Pir , yang dikenali sebagai kumpulan opera Cina pertama.
Sampai hari ini, para pelakon opera profesional masih disebut sebagaimurid Taman Pir’ (liyuan dizi).

Pada zaman Dinasti Yuan, sistem Zaju mula diperkenalkan, yang mana bertindak berdasarkan dialog berirama. Jika pada Dinasti Song para pelakon diwajibkan berbicara dalam bahasa Cina Klasik di atas panggung, pada Dinasti Yuan mereka diizinkan berbicara dalam bahasa sehari-hari.

2 comments:

  1. boleh terang lagi sistem Zaju tu?

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum.. terima kasih kepada admin blog ini.. sangat memberi manfaat dan sangat berguna.. disini saya ingin bertanyakan sedikit soalan mengenai opera cina ini.. iaitu mengenai solekan yang dibuat kepada pelakon..terima kasih

    ReplyDelete