Tuesday, October 19, 2010

Kostum

Dalam persembahan opera Cina, penggunaan kostum dan topeng atau pun mekap membawa maksud yang tersendiri. Penggunaan warna yang berbeza  pada kostum, mekap dan topeng membezakan waktak-watak yang terdapat dalam opera Cina itu sendiri.




Maksud
Merah
Guan Yu
Dedikasi, keberanian, kejujuran, dan kesetiaan
Hitam
Zhang Fei
Kekasaran dan keganasan
Putih
Cao Cao
Kecurigaan, kelicikan, menakutkan, dan pengkhianat
Kuning
Tu Xingsun
Bercita-cita besar, keganasan, dan berkepala dingin
Hijau
Zheng Wun
Bengis, keras kepala, tidan sabar, dan ketiadaan pengendalian diri
Biru
Xia Houdun
Keganasan, tetap pendirian, dan kecerdikan
Ungu
Lian Po
Pengendalian diri, berkepala dingin, dan berpengalaman dalam urusan duniawi
Cat Minimalis
Jiang Gan
karakter licik dan suka berahsia

estetika watak

Dalam opera Cina, terdapat 4 watak utama iaitu:

Sheng (Lelaki)
Terdapat 3 pelakon yang memegang watak sheng, yaitu laosheng, karakter lelaki dewasa atau lelaki berumur; xiaosheng, watak pemuda; dan wusheng, karakter  tentera  atau yang dikaitkan dengan peperangan.

Dan (Wanita)
Ada 7 pelakon yang memainkan watak dan, iaitu qingyi, watak wanita sederhana dan berbudi luhur; huadan,  watak atau karakter wanita bertubuh kecil dan penuh semangat; guimendan,watak gadis muda yang akan berubah menjadi qingyi atau huadan; daomadan, karakter pejuang muda wanita; wudan, versi wanita dari karakter wusheng; laodan, karakter wanita tua; dan huashan, karakter campuran yang memiliki status qingyi.



Jing (lelaki wajah berlukis)
Terdapat 3 pelakong yang memegang watak Jing, iaitu tongchui, watak setia yang pandai menyanyi; jiazi, watak yang lebih kompleks dan pandai berlakon; serta wujing, watak yang mahir berkelahi dan membuat aksi akrobatik.

Chou (lelaki pelawak atau watak peran)
Ada 2 pelakon yang memainkan  chou, iaitu wen chou, watak rakyat biasa seperti pembantu, pedagang, atau siswa; dan wu chou, watak atau karakter yang memiliki sedikit aksi lakonan pejuang atau tentera dan hebat dalam akrobat. Peran-peran chou biasanya mudah disukai dan tentunya  berbentuk komedi.


Monday, October 18, 2010

Tema dan Bahasa

Persembahan yang berfungsi ritual menggunakan tema asas dan sampingan dalam sebuah cerita lengkap dan bahasa klasik dalam bahagian cerita Xiang Zi Song Ji.

Selain itu, kumpulan professional yang membuat persembahan yang berfungsi ritual mengutamakan ciri-ciri improvasi yang bersifat tradisional.

Bagi persembahan opera Cina yang berbentuk hiburan, tema cerita dan bahasa yang digunakan dikatakan bersifat inovatif dan menggunakan elemen-elemen tempatan yang ada di Malaysia.

Babak-babak popular diambil daripada opera Kantonis dan tema berunsur tempatan. Penggunaan bahasa Melayu dan Inggeris juga turut diselitkan dalam sebahagian persembahan  oleh kumpulan amatur.